Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu......
Biasa dengar bukan ayat diatas?
Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tapi sebabnya sama.
Ada rahsianya tersendiri...
sama ada Allah nak tambah iman kita atau uji sejauh mana keimanan kita..
Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Allah menguji seseorang bukanlah Allah benci kpda kita tapi percayalah yg Allah sangat kasih kpda kita.
Cuma kita
sebagai hambaNya x pernah nak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah dah aturkan yg terbaik tuk kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Jadi:
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta yg memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yg dihadapi.
Mungkin ada yg rasa diri ini tak kuat nak hadapinya tapi cubalah bangun!
Usah tewas dgn hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya...
rasa tidak kuat??
carilah sahabat-sahabat yg sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yg menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tak mungkin boleh hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian tu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yg seterusnya.Untung bagi mereka yg selalu diberi ujian .......tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yg sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yg terbaik...~~
InsyaALLAH..
~Ameen~