Wednesday, February 15, 2012

TANYA PADA DIRI...

Kadangkala, kita DIUJI dengan KARENAH manusia..kita bertanya diri :

"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"

Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK, walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat p
ada orang lain, apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita..

Diuji dan dapat PAHALA, sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..di saat orang lain buat jahat pada kita, MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..hanya Dia..♥♥




p/s : Sahabat ibarat CERMIN kita..contoh bila kita tengok cermin, kita nampak tudung kita tidak betul, kita BETULKAN jadi nampak elok..macam itulah sahabat, dia melihat silap kita lalu perbetulkan dan mengingatkan silap kita..bukan terus menghina dan melemparkan kata-kata sinis kepada kita..nilailah sahabat kita, yang BAIK, teruskan jadi TAULADAN..yang buruk harus DITINGGALKAN..:)


BERSYUKURLAH kerana masih ada insan yang ingin menyampaikan nasihat, dan dakwah..jangan terus menghukum, atau memandang sinis..kerana diri kita belum tentu sempurna lagi pada pandangan Pencipta kita...:)

Sunday, February 12, 2012

KETAHUILAH WAHAI JIWA...

Wahai jiwa,
jangan berputus asa
jangan hilang harapan sesulit apapun masalah yg kau hadapi.

Duhai jiwa,
terkadang dlm puncak kesedihanmu aku tau terbetik rasa putus asa,
menanyakan kenapa Allah seolah membiarkanmu.

Ketahuilah wahai Jiwa,
Allah tidak membiarkanmu dlm kegundahan,
Allah Rabb-mu maha tahu apa yg kamu rasakan dan
DIA tidak pernah lengah walau sedetikpun.

Percayalah,
kelak Allah menunjukkan jalan kepadamu
Jalan yg terbaik untukmu
Jalan yg berakhir kepada keridhaan Allah azza wa jalla
Maka bersabarlah wahai jiwaku..Wahai jiwaku,
jangan berputus asa
jangan hilang harapan sesulit apapun masalah yg kau hadapi.

Duhai jiwaku,
... terkadang dlm puncak kesedihanmu aku tau terbetik rasa putus asa,
menanyakan kenapa Allah seolah membiarkanmu.

Ketahuilah wahai Jiwa,
Allah tidak membiarkanmu dlm kegundahan,
Allah Rabb-mu maha tahu apa yg kamu rasakan dan
DIA tidak pernah lengah walau sedetikpun.




Percayalah,
kelak Allah menunjukkan jalan kepadamu
Jalan yg terbaik untukmu
Jalan yg berakhir kepada keridhaan Allah azza wa jalla
Maka
bersabarlah wahai jiwa.

Memberontak...???

Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji?

Kata Imam Ghazali rahimahullah, "cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah 'memberontak' kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!"

Misalnya, seseorang itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tida
k mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.

Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja', "Inna lilla hi wa inna ilaihi raaji’un."

Firman Allah:

"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)



#muhasabah diri#