Sunday, June 23, 2013

Amru Bin Jamuh

Manusia Yang Menjadikan Jihad Sebagai Jalan Hidup

Dakwah tidak akan pernah hidup dan berkembang kecuali dengan jihad. Hal ini telah direalisasikan oleh jenerasi awal di bawah bimbingan Rasulullah SAW dengan petunjuk wahyu dari Allah SWT.
Hasilnya lahir peribadi mulia sepertimana seorang sahabat yang bernama Amru Bin Jamuh. Amir Bin Jamuh adalah seorang yang tempang (pincang) kakinya. Ia mempunyai empat orang anak muda yang ikut berperang bersama-sama Rasulullah setiap kali Rasulullah berperang melawan musuh.
Ketika Rasulullah bersiap sedia untuk menghadapi perang Uhud, Amru Bin Jamuh juga ingin ikut berperang menemani baginda Rasulullah. Tetapi anak-anaknya berkata kepadanya, “Wahai ayah, sesungguhnya Allah memberimu rukhsah (keringanan) untuk tidak ikut berperang. Ayah tidak usah berangkat, kami telah menggantikanmu. Allah tidak mewajibkan orang seperti ayah (yang tua dan tempang kaki) turut berangkat berjihad.”
Kemudian Amru Bin Jamuh pergi menemui Rasulullah, dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anak-anakku melarangku berjihad bersamamu. Demi Allah, aku ingin mati syahid. Aku ingin menginjak syurga dengan kakiku yang tempang ini!”. Rasulullah berkata kepada Amru, “Berkenaan dengan keadaanmu, wahai Amru, sesungguhnya Allah telah memaafkanmu dan menghapuskan kewajipan jihad darimu!.”

Kemudian Rasulullah berkata kepada anak-anak Amru, “Tidak ada salahnya jika kalian membiarkannya, semoga Allah memberi kurnia dia mati syahid,”
Maka berangkatlah Amru dalam perang Uhud, ia pun pergi menemui syahidnya dalam peperangan di sana.

Pengajaran:
i. Jihad adalah satu kewajipan yang tidak berhenti sampai hari kiamat.
ii. Jihad yang paling rendah ialah menentang sesuatu kemungkaran dengan hati dan paling tinggi ialah berperang mengangkat senjata di jalan Allah.
iii. Jihad terdapat dalam pelbagai bentuk seperti berjihad menggunakan lisan, tulisan, tangan dan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.
iv. Dakwah tidak pernah hidup dan berkembang kecuali dengan jihad. Pahala yang diperolehi oleh orang yang berdakwah adalah besar di sisi Allah.
v. Sahabat generasi awal tidak pernah berkompromi dalam merebut untuk mati syahid kerana mati syahid adalah cita-cita dalam hidup mereka.

SUMBER: Teladan Tarbiyah Dalam Bingkai Arkanul Bai’ah,

Tuesday, June 18, 2013

Janji Manis? Ukhuwah? Indah? Benarkah?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Actually sudah pasti tajuk ''ukhuwah''ini agak bosan untuk diperkatakan..huuuuu...Akui,ukhuwah itu manis..ya!manis! bilamana diikat dengan Kejujuran,kestiaan,kasih sayang dan Lillahi Ta'ala~

Tak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah ... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya....ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA Rabb!

 "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10) 

Berkata mengenai #ukhuwah xkan lekang di bibir semua...malah mungkin tidak jemu untuk diperkatakan...memelihara ukhuwah sesama manusia bukan semudah yang disangka..Tapi ukhuwah sesama manusia adalah 1 perasaan yg perlu di segarkan setiap hari melalui doa dan juga ingatan berkasih sayang yg pernah hadir dalam diri tu perlu dikembalikan kepada pemberi perasaan iaitu Allah swt.

Berbohonglah sy kalau
 sy katakan ukhuwah sy dgn sebahagian sahabat sy sentiasa tenang,bahagia dan gembira~... Adakalanya ukhuwah akan selalu berbunga2..Tersenyum sendiri mengenangkannya..#Subhanallah...ALLAh juga yg menghadirkan perasaan tu.Namun adakalanya akibat dari diri masing2..(diri ini juga) ukhuwah yg dlunya mekar berbunga #cewahhh,bunganya akan dan kian layu...Dan bunga itu akan terus layu dan layu bila xdak sorang pun yg empunya perasaan belas kasih tuk merawatnya,, dan akhirnya bunga tu akan mati.. bunga tuh mempunyai peluang tuk hidup semula x ea? Kalau ada pun,mungkin kemekaran bunga tu tak secantik dan seharum dulu...Akan kelihatan perbezaan yg ketara selepas itu...ya bukan?

Solutions mudah yg sy telah praktikkan sejak memahami konsep berukhuwah ini...
+ Berlapang dada & take it positive
+ menganggap kita adalah saudara
+ Dia je yang buat salah?Kita bagaimana?
+ Redha dgn Qada' & Qadar Allah

Tang redha dgn qada' & qadar tu bukan nak kata pasrah...''biarlaaa''..''lantaklaaa''...''dia dah besar''..''kita bukan sesiapa pun''...hmmmm..bukan tu laaa...cuma nak kata #YangLepasTuBiarlahLEpas....

"Anything that doesn't kills you, will makes you stronger". Dah tentu, lepas terluka dgn kesilapan orang pada diri kita,kesilapan bersama.. kita sedih pastuh kita bangkit. Kita teruskan kehidupan. Kita jadi lebih kuat, malah mungkin lebih berjaya. Ini yang berlaku pada saya. Selepas terluka, Allah buka jalan yang saya sendiri tak pernah termimpi untuk melaluinya. Jauh, jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya dan sahabat-sahabat saya kejarkan satu ketika dulu...Namun akur dan akui sampai sekarang..saya takut untuk mengingati janji manis dalam berukhuwah dulu.....:(


Sentiasa di ingatan bahawa syaitan tak senang duduk bila lihat 2 org Muslim menjalinkan ukhuwah yang erat lagi mantap kerana Allah~

Saya pun bukanlah sahabat yang baik..sebagai manusia yg lemah lagi insan biasa,tidak lekang berbuat silap malah selalu terlepas pandang dan tanpa sedar telah merosakkan bait2 indah dalam berukhuwah..Sahabat yang baik akan menegur sahabatnya..namun sya tidak fully bergantung kepada sahabat2 saya..kerana Allah Maha Berkuasa..muhasabah diri selalu untuk menyedari apekah yang telah diri ini lakukan hingga jadinya itu dan ini..

Persoalan yang sentiasa di lontarkan kepada diri sendri..''berlapang dadakah aku'' ? '' ''serikkah aku dalam bersahabat''? baik! Ukhuwah ni bukan tuk kemanisan di dunia je...tapi nuhhh ...akhirat kelak...hingga JannahNya insyaALlah! 


#DemiAllah....Eratkah kita bersatu dalam perjuangan + berukhuwah ? Tepuk dada tanya Iman!
 



Sunday, June 16, 2013

''susah nak puaskan hati semua orang''........

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ



Di ikutkan logik,,memang susah nak puaskan hati orang....
Punya lah jaga hati orang sekeliling....hati sendiri juga sakit..
Memang payah nak puaskan hati manusia......
Tapi kenapa agak-agaknya ye?hurmmmm......... Kerana kita buat kerana manusia....
Bayangkan...
Hati mereka tidak akan kita fahami sebagaimana Allah tahu keadaan sebenar setiap seorang daripada kita semua......betul tak??
Erm.......kalau benar kita mahu memuaskan hati manusia, pastikan lah kita memuaskan hati Allah dulu....
Kalau kita asyik cuba mengubati hati manusia, tanpa pernah memikirkan kemurkaan Allah, kelak hati kita yang akan bernanah.......
Dosa-dosa lampau akan sentiasa membelenggu. ......
Resah gelisah akan sentiasa bertandang.
MOh  kita bersama-sama cuba untuk menjaga hati Allah dan mengelakkan kemurkaanNya insyaallah......

Masih teringat lagi kata-kata seorang sahabat ni:

"...setiap masalah tu yg akan mendewasakan kita
 yg akan menguatkan lg ati kita dlm menangani masalah ati''

perasaan sedih ini juga datangnya daripada Allah yang disandarkan kepada kita, insan yang hina.
namun biarlah berpada-pada. kerana perasaan sedih yang berpanjangan akan membuatkan emosi kita terganggu sehingga kita mula lupa dengan tujuan kita hidup..... satu misi yang lebih besar daripada melayan perasaan kita yang entah apa-apa itu.....
janganlah kita mudah-mudah saja melayan perasaan sedih itu sehingga lupa akan tanggungjawab kita.
dan jangan pula kita menafikan masalah dan kesedihan yang kita ada.......
kerana kita hanya lah manusia biasa......
itulah sifat kita......
kita takkan dapat lari daripadanya... yang penting, doakan agar Allah sentiasa pandu hati kita untuk menerima apa yang telah ditetapkanNya....

Moga Allah beri yang terbaik buat kita semua....amin....

Terima Kasih!

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sahabatku sekalian....

Tidak kusedar… bila diri ini menempatkan kalian dihati..tidak ku tahu…
Mengapa hti ini berasa senang tatkala kalian disisi..aku tidak memahaminya..
Mengapa diri ini..mudah berkongsi suka duka dihati..aku juga tak selami..
Sejak bila diri ini..menyayangi kalian seikhlas hati..
Atas nama sebuah persahabatan..yang tak mungkin dapat ditukar ganti..

Andai suatu hari nanti…kita tidak bersua lagi…
Andai suatu hari nanti…kita tidak berbicara lagi…
Andai suatu hari nanti..diri ku dibenci..
Andai suatu hari nanti…runtuh segala kemesraan ini…
MAAFKANLAH atas segala kekhilafanku..
Halalkan makan,minum dan ilmu yang dikongsi dulu..
MAAFKANKU....

Atas segala ketidakpuasan hati…
MAAFKANKU...Terkadang tersalah bicara mengatur kata…
MAAFKANKU.....
Aku tetap aku…

Namun, ingatlah wahai sahabat..
Kita pernah tersenyum…tanda gembira..
Kita pernah menangis..tanda duka..
Kita pernah bahagia..bersama..
Sesungguhnya kita sentiasa bersama..
Aku hanya orang kecil..
Tidak memberi apa-apa makna barangkali…

Tetapi ingin ku luahkn disini…
Apa yang terpendam dihati…
Aku….ckup bersyukur…
Mengenali dan menjadi sahabat kalian…
Aku…cukup bertuah…
Kerana kalian, aku masih disini..
simpanlah ini sebagai kekuatan...
simpanlah ini sebagai kenangan..
jangan dibuang jangan dihilangkan...
tiada gantinya kalian di ingatan...


Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajiban dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT... ( terutama buat diri ni =.=' ) juga sahabat2 sekalian...:)

ONE GREAT MAN ......! YEAH...THAT'S U...MY BELOVED FATHER..

Mungkin mak lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan mak utk menelefon kita??erm...
(tp mak n ayh sye ari2 call..hehehe..alhamdulillah..)
mase KECIK2 dlu.. mak lah yg sllu dukung kita..Tp tahu x kita bhw sebaik je ayah blik kerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kita yg ayah sangat risau.??Ketika kita REMAJA kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..Setelah kita DEWASA,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan itu - ini utk keperluan kuliah kita, ayah mengerutkan dahi.....tanpa menolak, ayah ikut je memenuhinya..Saat kita berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan ..ayahpun tersenyum bahagia..
tahu ke kita yg ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku ini bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..
(yg ni lmbt lg....tpi besenye gtulah...hehehehe)



* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, ada ke kita mintak ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu....hurmmm...pkir sndri ek..^^,
* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarga die...
* answer me, siapa lelaki terbaik yg pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian dan tanpa dia, kalian tidak akan wujud?.
SAYA SAYANG AYAH.....mmmuahhh3x (^^,) ''Ayah,selamat hari bapa'' ~ hari2 adalah hari bapa kan? :)



Saturday, June 15, 2013

Think Before You Speak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


I want to say a lot of thing,but end up saying nothing....

[Because Allah knows best.Some things are better left unsaid,untold. Maybe if i say it, it will do harm on you. Maybe what im said will hurt others in a way.Which is why,at the end,it is better for me not to say anything at all :)]

If you wish to speak then it is upon you to think before you speak. If you think there is good in it then you should speak & if not then do not speak.'-Imam Syafie-

I want to just sleep tight,but end up staying up all night.

That is a sign from Allah.Well, Allah gives us such spare time and space, to reflect upon everything we've done in life, to seek for repentance, to ponder upon our deeds and sins. Use that time wisely, get ourself nearer to Allah by zikrullah, may Allah ease our night and day :)

I want to know everything,but end up knowing nothing....

Because maybe it is not the time yet for me to know it. Sooner or later, if we are fated to know something, we will someday somehow being revealed to it. Ever come across our mind that if I know this, maybe it will change my view on this and that? Maybe I'll get confused and astray from the right path? Maybe if I know how to read people's heart, a close friendship might be torn apart, and ukhuwah fillah may be tainted by the virus of mazmumah in the heart of human who often being whispered with Syaitan's evil intention? Allah limits our knowledge for some reason...admit it!

believe in Allah. 
For everything happens,
it happen for a reason...

Fi  Hifzillah~

Sunday, June 9, 2013

#Awak sahabat...bukan kawan...~ A.M.R~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 


Acap kali kita dengar 'Ukhuwah Fillah'..persahabatan yang semua inginkan hingga JannahNya..Sangat berbeza untuk diperkatakan antara kawan dan sahabat...kawan,tatkala kita kenal sahaja sudah dikira kawan..tidak semua kita boleh bercerita kepada kawan..lainlah sahabat..kita percaya dan inginkan dia sentiasa bersama kita tatkala susah mahupun senang...Sahabat itu yang akan BIMBING kita...yang akan TEGUR keslahan kita...buat sama2 dalam perjuangan Islam atau SHARE ilmu2 yang dia ada bersama kita...Buat sama2 demi menuju JannahNya..itulah sahabat sejati...walaupun dia tahu teguran dia tu mampu membuat kita terluka..sekurang2nya dia mencuba...tepuk dada tanya iman!My opinion...setiap orang ada pendapat tersendiri :)

''Sesungguhnya mukmin itu bersaudara''-al hujurat :10-

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu,sesiapa yang pernah bersua muka dengan baginda adalah sahabat baginda..dgn hikmah baginda sendiri..semua untuk merapatkan jurang dan ukhuwah..tapi itu zaman baginda...KITA??adakah semua yang pernah bersua muka dgn kita itu adalah S.A.H.A.B.A.T kita?Kawan dan sahabat ...selalu bersama kita but in different stage kan?


Contoh mudah: kawan ni ramai...dlm Facebook tu...ramai sangat...kenal nama,,tegur jarang..(tegurlah jugak...)jumpa sekali dua...ada tu hanya memenuhi ruangan friends list..amacam?bukan tu je...mereka juga boleh 'menyumbang' kpd dosa phala kita..
itu kawan....tapi sahabat..macam ni...:)



selalu kita dengar/baca:
'Sahabat yg baik adalah bila kita lihat wajahnya,kita akan teringat Allah..mendengar percakapannya akan menambahkan ilmu agama ..malah melihat gerak gerinya mengingatkan kpd kematian'
wahhhh...susah bukan?semua org berusaha ke arah kebaikan...tetapi sudah kah kita empunya sahabat sebegitu?ayuhhh..sama2 menjadi seperti itu...insyaAllah...susah,tapi take our time to think about it :)



Apa yang kita fikirkan dgn photo atas tu?
satu contoh mudah ...beza org yang menolong & xmenolong kita..Dia mungkin faham kita tapi xmmpu nak tolongkita..ya,mengikut kemampuan dalam membantu..tapi dalam cth di atas..kawan tu dia tahu kita xsuka basuh baju..apa tindakan kita nh?hurmmm...

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah pernah bersabda:
'Sesiapa yg menyenangkan org yg susah..Allah akan menyenangkannya di dunia & di akhirat..Sesiapa yg menutup keburukan sesama Muslim,Allah akan menutup keburukannya di dunia & di akhirat..Dan Allah akan menolong seorang hamba selagi mana dia berusaha menolong saudaranya'-riwayat Muslim-


Tolonglah..jauhkan saya..kita..dari hati yg suka berburuk sangka..kdg2 kita memag terasa hati dengan dia..tetapi if iman dpt terima apa yang di ucapkannya mahupun ditegurnya..berlapang dadalah..insyaAllah persahabatn itu kekal selamanya..:) *keep apply in my daily life*

Apapun..ingatlah..setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukan..bergantung kpd kita..kita tak boleh berharap orang akan berubah kalau kita sendiri liat teramat nak berubah kan?JOM..UBAH diri sendri dulu..:) insyaAllah moga Allah permudahkan dan moga kita sama2 Istiqamah ^^~ 

p/s : Cik..posting ini khas untuk awak..umum untuk kita semua..terima kasih sudi menjadi sahabat saya..Ingat ye..saya tidak selalu & sentiasa ada untuk awak..moga ukhuwah kita kerana Allah dan ikatan ini membawa kita ke JannahNYA...insyaAllah...

Ainaa Mardhiah Razali..


*** photo-photo adalah sumbangan drpd shabat di FB dan Bloggers..***

Saturday, June 8, 2013

Istiqamah...bagaimana?


Copy pasta dari sahabat ^^

"Macam mana nak istiqomah ya akh? Ana takut juga.. Sebab macam antum pernah cakap, pada awal pengembaraan, semua orang rasa seronok dan bersemangat. Tapi, bila sampai pertengahan, diuji dengan macam-macam tribulasi, ramai dah yang mula hilang rasa seronok dan semangat tadi.. Bahkan, ada yang futur dah pun.."

"Entahlah, ana nak cakap macam mana pun ana tak tahu.. Sebab hari ni mungkin ana masih di sini, boleh jadi esok ana kufur lalu mati.. Nauzubillah.. Teori memang sedap kalau nak cerita.. Ayat al-Qurannya, hadithnya, sirahnya.. Tapi, realitinya.. Futur juga.. Mufarakah juga..

Cuma, pesan ana, bina kefahaman kenapa kita nak buat dakwah ni.. Semangat boleh pudar dengan masa, tapi kefahaman hanya akan pudar bila hawa nafsu mula berkuasa..


Latih diri antum daripada sekarang untuk memberi pula, bukan sekadar menerima.. Kerana, hanya dengan memberilah baru antum dapat bina rasa memiliki dakwah, bukan sekadar menumpang..

Paling penting, sentiasa doa pada Allah agar tidak memutarbalikkan hati kita daripada agama-Nya dan ketaatan pada-Nya.."

Friday, June 7, 2013

R.A.P.U.H


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu