Saturday, June 8, 2013

Istiqamah...bagaimana?


Copy pasta dari sahabat ^^

"Macam mana nak istiqomah ya akh? Ana takut juga.. Sebab macam antum pernah cakap, pada awal pengembaraan, semua orang rasa seronok dan bersemangat. Tapi, bila sampai pertengahan, diuji dengan macam-macam tribulasi, ramai dah yang mula hilang rasa seronok dan semangat tadi.. Bahkan, ada yang futur dah pun.."

"Entahlah, ana nak cakap macam mana pun ana tak tahu.. Sebab hari ni mungkin ana masih di sini, boleh jadi esok ana kufur lalu mati.. Nauzubillah.. Teori memang sedap kalau nak cerita.. Ayat al-Qurannya, hadithnya, sirahnya.. Tapi, realitinya.. Futur juga.. Mufarakah juga..

Cuma, pesan ana, bina kefahaman kenapa kita nak buat dakwah ni.. Semangat boleh pudar dengan masa, tapi kefahaman hanya akan pudar bila hawa nafsu mula berkuasa..


Latih diri antum daripada sekarang untuk memberi pula, bukan sekadar menerima.. Kerana, hanya dengan memberilah baru antum dapat bina rasa memiliki dakwah, bukan sekadar menumpang..

Paling penting, sentiasa doa pada Allah agar tidak memutarbalikkan hati kita daripada agama-Nya dan ketaatan pada-Nya.."

No comments:

Post a Comment