Friday, March 4, 2011

MamPukAh Aku BeRubAh-mAsiH beLuM tErlAmbAt...

 
Aku masih ingat kata-kata itu,...
" belajar rajin2x...along harapan mama dan ayah..''
Kata2 yg mampu membuat hati ini mengalirkan airmata,
Itulah kata2 dari mamaku...
Hati ini merasa berat,
Betapa besarnya harapan ibubapaku untuk melihat aku berjaya,
Ingin melihat nasib kami sekeluarga berubah....
Tapi, aku lupa;
Allah itu sentiasa di sisi hambaNYA..

Sekali lagi aku menyoal diri,
kenapa aku begini??kenapa....??
Ya Allah....
aku insan biasa yang lemah...
Pada mulanya, aku merasakan segalanya sukar...
Mana tak nya, takde usaha memang la susah..
Aku sekadar melayan segala perbuatanku
yang tidak mengendahkan nasihat rakan,
mengabaikan perintahNya suatu ketika dulu....
namun,,
Tatkala aku mendengar bacaan Al-Quran dibaca di kaca TV,
mahupun rakan-rakan aku membaca,
aku mula sedar, ALLAH itu maha mengetahui segalanya..
DIA juga lah yang akan membantu diri ini tatkala susah,
mahupun senang..
wahai diriku,,tidakkah engkau sedar akan kekuasaanNya...
Astaghfirullahalazim..
Aku perlu berubah..

Sedarlah ...
aku ni hanya manusia biasa,
kadang2 kat atas,
kadang2 kat bawah..
kini aku bersyukur...
aku dipertemukan dengan sahabat2 yg boleh membimbingku
membawaku ke jalan lurusMu....
SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…
 sesungguhnya,,kini aku gembira berada di jalan-Mu...
aku juga gembira memperbaiki diri..
gembira mempelajari ilmu-Mu
~ATUL~
kau perlu berubah!!!
Masih belum terlambat:::
Aku berharap, sinar baru akan menyuluh hidup ini..
Ku pohon kekuatan dari-MU YA ALLAH..
Moga segalanya menjadi mudah..
Sesungguhnya hambaMU ini insan yg lemah...

InsyaAllah..

Thursday, March 3, 2011

~hanya DUA~

Jika indah syurga dapat ditatap...
Pasti diri tak alpa dengan dunia...
Andai azab neraka dapat dirasa...
Pasti hati tidak tegar melupai Allah..
 
Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka. Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...