Monday, December 12, 2011

Ayuhhhh...tenangkan jika berlapang dada......:)


jom berlapang dada :)

               Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


   Apakah yang ada di dalam hati kita kini? Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?

Adakalanya, diriku juga terjebak dengan perasaan-perasaan sebegitu yang mampu untuk membebankan hati kita. Sebab itulah, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berlapang dada. Ataupun bahasa yang sering diguna pakai, iaitu redha dengan ketentuan-Nya...

Berlapang dada memang adakalanya payah..( sangat payah huhuhu..=.=') terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka.Astaghfirullah.....Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.


Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? 

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)


     *** p/s:
Memang susah untuk berlapang dada dalam sesetengah keadaan, namun    apabila kita meletakkan pengharapan yang tinggi pada Allah, ianya mampu melenyapkan segala prasangka dan membuatkan kita yakin untuk meneruskan agenda perjuangan. Ingatlah bahawa jangan kita sentiasa merasa kita sudah berada di tempat yang benar, kerana tidak semestinya kita akan benar selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kejayaan hari ini boleh menjad musuh kejayaan esok hari.

Selamat berlapang dada wahai diri dan selamat berlapang dada wahai sahabat-sahabatku....=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

YOU always with me





At times when I feel so lonely...
No one to keep me company... 
You were there... 
 At times when I feel so trouble...
  No one for me to turn to...
 You were there...
  You always there...
  In times of pain n sorrow...
  When it feels like there’s no tomorrow...
In you I find peace and strength...
 To get my life back on track again...
In times of joy and laughter...
 Happiness feels like forever after... 
 In you I find it never ends...
 Cause your love’s always there to mend...




 I’ve come to realize... 
That you are my savior...
 You’re the most forgiving..
 Most merciful...
 A step I take towards You...
 Thousand steps you will see me through...  You’re the All Knowing...
  You’re the Most Gracious...Allah...  
 The more I know you..  The more I love YOU…

Tuesday, December 6, 2011

so .... please STOP worrying


Pencil : I'm sorry...

Eraser : For what? You didn't do anything wrong.

Pencil I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser :  That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.


***
btw, nice short story -:(

Monday, November 21, 2011

~LEMAH JUGA DIRI INI~

Assalamualaikum w.b.t


If it's to be...It's up to me...^^♥
*nak jugak tu post ayat nih...heeeeeeeee
Apa2 pun...entry kali ni macam lebih kurang sama je kut
dengan entry2 sebelum ni....
YA ALLAH....LEMAHNYA DIRI INI......

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah
menguji 
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit
 keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit
 kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru
sikit buat kebaikan 
Riak dah bersorak riang

Lemahnya diri ini

Bila suatu kebajikan dimulakan 
Tak berdaya nak teruskan
Takda istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini

Baru diuji dengan seoranglelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan
 dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti


Lemahnya diri ini

Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini

Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling


Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut
 seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis teresak2

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat
 lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini

Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…



***
Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan
 daripadaMu 
Tuntunilah langkah kami biar hanya mampu merangkak
 Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku
Berikan kami peluang merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam dan atas kejahilan kamilah
kami mengenal makna Kasih sayangMu...

~Ameen~


Tuesday, November 8, 2011

MISI + EMOSI = HATI MURAM,IMAN PUJUK... =.='

Assalamualaikum W.B.T

Akhirnya,jari jemari ini tergerak juga untuk meng'update' blog....
sekian lama juga terbiar ...
masih diberi kudrat dan ilham untuk menulis dan berkongsi sesuatu...


Just wanna a simple post for today....
Tittle: MISI + EMOSI =???

saja nak bagi tahu:
Buat sementara..(macam masuk kali ke 4 dah ni deactivate FB)
baru 4 dan sementara...belum selamanya..
macam mana nak describe pun tak tahu...
tapi nak juga cakap macam ni:

''selalulah bersidang di mahkamah HATI..
HATI tidak akan pernah berdusta..
selagi HATI tidak MATI"

hurmmm.....nak share 1 perbualan antara IMAN dan HATI
yang pernah diberikan kepadaku oleh seorang sahabat suatu ketika dulu..

''HATI MURAM IMAN PUJUK"
Iman:    Assalamu’alaikum `hati’..

Hati:      Wa’alaikumussalam w.b.t..

Iman:    apa khabar, murung je nampak kebelakang ni?

Hati:       hmm… kurang baik lah wahai `Iman’..

Iman:mengapa? Wahai hati teman yang ku sayangi apakah yang menganggu  mu? Ana melihat dirimu   sentiasa ceria dan tenang selama ini, dan bukankah dirimu yang selalu memberi semangat pada ku?

Hati:  Wahai temanku, ana bukanlah sekuat dan setabahnya Rasulullah yang sentiasa tersenyum tatkala musibah, ujian dan cemuhan  hadir. Ana tidaklah seperti yang enta sangka. Ana tidaklah setabah yang dirimu sangka, adakalanya ana menang menghadapi ujian dan terkadang ana juga kalah serta tewas pada ujian.

Iman: duhai `hati’ temanku yang tercinta, bukankah DIA matlamatmu?

Hati:   Ya Benar `Iman’, DIA matlamatku..

Iman: Jadi, kenapa dirimu terus begini?

Hati:  wahai sahabatku, ana minta maaf atas kerisauan enta. Ana tidak tahu kenapa? Kadang-kadang ana terasa ingin marah dan adakalanya ingin menangis dan adakalanya terasa tiada semangat untuk melakukan sesuatu perkara.Ana sensitif tak tentu pasal,down,murung...macam2...Ana tidak tahu apa lagi harus ana perbuat? Ana buntu, ana tertekan. Wahai `Iman’ sahabatku sayang, maaf kerana terus begini...

Iman: Tidak mengapa hati, ana faham dirimu begini rupa. Janganlah dikau terus sedih dan bermuram durja sebegini rupa, tidak sanggup diriku melihatmu terus begini. Engkau adalah sebahagian  dariku dan diriku adalah sebahagian darimu. `Hati’, ingatlah engkau selalu berkata pada diriku segala yang berlaku pada diri kita ada hikmahnya. Dan bukankah dirimu berpesan padaku yang Allah turunkan ujian pada kita adalah sebagai hadiah kepada kita dan juga tanda kasih-Nya pada hamba-Nya. Kita perlu terimanya dengan hati yang terbuka dan penuh ksyukuran. Wahai hati, apakah dirimu sudah berputus asa dengan Rahmat Allah?

Hati: Tidak! Tidak mahuku berputus asa pada Rahmat-Nya. Tanpa DIA siapalah diriku, tanpa DIA apalah nilaiku dan tidak mungkin dapatku hidup tanpa DIA.

Iman:Jadi, jangan kamu terus dalam keadaan ini, ingat kata-kata ini? “jangan mudah mengalah, ingat kamu tidak keseorangan, Allah bersama orang yang sabar”..

Hati:      pesanan siapakah itu?

Iman:Lupakah dirimu, bukankah ini yang sering engkau ingatkan padaku? Ia tersemat dalam diriku.

Hati:   Astagfirullahal ‘azim, lemahnya ana, terlupa akan apa yang dikatakan pada diri sendiri. Dan mudah sungguh ana lemah dek ujian. Memang benar wahai `Iman’, ana tidak pernah keseorangan, Allah sering melihat hamba-Nya, samada mereka sabar atau lemah atas ujian dari-Nya. Terima kasih `Iman’ kerana tidak pernah berhenti menasihati ana. Maaf atas sikap ana yang merisaukan enta.

Iman:Sama-sama. Tidak mengapa `hati’, bukankah kita teman. Kita sepatutnya saling berinteraksi dan menasihati agar masing-masing tidak lemah dengan ujian Allah s.w.t dan paling utama kita tidak lupa pada yang mencipta kita. betulkan?

Hati:  Mmm… betultuh `Iman’. Kita memerlukan antara satu sama lain. Dan apa yang paling penting adalah kita memerlukan Allah untuk hidup lebih dari kita memerlukan udara untuk bernafas.

Iman:(^_^)… Alhamdulillah. Gembiranya ana mendengar kata-kata itu kembali disebut olehmu wahai hati. Ana senang mendengar bila enta selalu menuturkan kata-kata itu. Ana harap enta istiqomah untuk menuturkan ia dalam setiap nafasmu.

Hati:  InsyaAllah `diri’. Ana akan cuba.



***MORALNYA:


Dalam hati kita perlulah selalu ingat Allah s.w.t. jangan kita biarkan ia sesekali diganggu oleh ‘semut’. Walaubagaimanapun iman perlu sentiasa dijaga, mengapa iman itu mutiara bagi hati, hati mestilah sentiasa berinteraksi dengan iman agar tidak lemah dengan ujian. Iman itu adalah kunci untuk meraih cinta Allah s.w.t. Iman itulah antara anugerah Allah yang paling besar kepada kita. oleh itu janganlah kita abaikan khendak keperluan Iman kita....

~ THE END~
~let's improve our IMAN~

Thursday, October 20, 2011

SUBURKAN IMAN SEINDAH TAKWA | USTAZ HASLIN ~~

*** Penyampaian yang menceriakan ....
Penuh pengisian
Walaupun dah selalu tengok...hari ni saje ana share kan pulak..^^

Wednesday, October 19, 2011

~ Hikmah Ujian~

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. 
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, 
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu......

Biasa dengar bukan ayat diatas?

Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tapi sebabnya  sama. 
Ada rahsianya tersendiri...
sama ada Allah nak tambah iman kita atau uji sejauh mana keimanan kita..
 Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat  menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Allah menguji seseorang bukanlah Allah benci kpda kita tapi percayalah yg Allah sangat kasih kpda kita.
Cuma kita 
sebagai hambaNya x pernah nak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah dah aturkan yg terbaik tuk kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya.

Jadi:

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta  yg memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yg dihadapi. 
Mungkin ada yg rasa diri ini tak kuat nak hadapinya tapi cubalah bangun! 
Usah tewas dgn hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. 
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya...

 rasa tidak kuat??
carilah sahabat-sahabat yg sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yg menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tak mungkin boleh hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian tu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yg seterusnya.Untung bagi mereka yg selalu diberi ujian .......tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yg sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yg terbaik...~~
InsyaALLAH..
~Ameen~


 

Thursday, October 13, 2011

Disebalik.....Nya..:)

Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya...

Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada...

Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu 
untuk menutup aib orang lain,

Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan...

Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan...

DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA....

Sunday, October 9, 2011

~~Jom Muhasabah Diri Ini.....T_T ~~

بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah...
Selagi di beri nikmat hidup olehNya,selagi tuh la
blog ni terupdate..InsyaALLAH....^^
hurmmm...diri ni(aku terutamanya)
klo x di ingat,x di tegur...alamatnye...ikut kpale sndri...
ape-ape pun....kita diberi kurniaan akal
untuk kita sendiri fikir...patut mahupun yang tidak....
pernah x terpikir sume nih??


  • Hari ni sblm kita bercakap ape2 yg x baik
    Fikirkan tentang seseorang yg xdpt berkata2 sama sekali
  • Sebelum kita mengeluh mengenai rasa sesuatu makanan
    Fikirkan tentang seseorang yg tiada apa yg nak dimakan
  • Sebelum kita mengeluh tidak mempunyai sesuatu
    Fikirkan tentang seseorang yg meminta2 di jalanan
  •  Sebelum mengeluh tentang pasangan hidup kita
    Fikirkan tentang seseorang yg memohon kpd Allah utk dipertemukan jodoh dan teman hidup
     
  • Disaat kita letih dan mengeluh selepas mlksanakan sesuatu
    Fikirkan seseorang yg menganggur,yng tiada pekerjaan tuk dilaksanakan
  • Sebelum kita menunjukkan jari & menyalahkan org lain
    Ingatlah bahawa tiada insan yang sempurna dan tidak berdosa
     
  • Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dlm kesusahan
    Tersenyum dan berterima kasih lah kepada ALLAH S.W.T
    kerana kita masih hidup...^^



    *** Khas buat DIRIKU terutamanya.....dan sahabat sekalian


    Jum...jadi org yg bersyukur atas segala
    kurniaan dan nikmat yang telah diberikan kepada kita
    Ingat janjiNya,barang siapa yg bersyukur dgn nikmat yg diberikan kepadanya
    maka Allah akan tmbah lagi nikmat yang dia telah peroleh
    Sebaliknya,sesiapa yg kufur dgn nikmat Allah,sesungguhnya
    azab Allah amatlah pedih....

 

Saturday, September 17, 2011

YAKINLAH DENGAN DIRI SENDIRI..^^

بسم الله الرحمن الرحيم
 Alhamdulillah....terdaya lagi utk update blog ni
hurmmm..tiba2 nak cter psal yakin..
(erkkk...kdg2 msih x yakin lg kat dri sndri nih...)
tbe2 tak tau nak start mcm mana...adehhhh
xpelah..senang citer..ini adalah luahan hati
yang kdg2 xterkluar dek kata-kata
hanya mmpu terkluar di sini.....
alkisah...hihihi
lately nih sllu kna perli....dgn kengkawan lama...
senang kata
Ramai yang tanya , dapat hidayah ke ?
Subhanallah ,macam mane nk den jawab...
sedangkan hidyah itu milik Allah ?semua Allah yg lebih tahu ...
Tapi dengan kuasa Allah  , apa-apapun tak mustahil untuk berlaku ....
MasyaAllah ... Allah je yg tahu macamana diri ini yg sebenarnya...sebelumnya
tuhla...bila jumpa shbt2 lama dlu..
erkkkk...mmg terbaiklah...
Hinggakan ada yg menyindir tajam .
sakit juga mula2...
Al-maklumlah , si '..........'dulu menjadi 'transfomer' ^_^ 
 hurmmmm....balasan la nih
dlu sllu gelak n pndang serong kat org2 tdung labuh,
yang hebat ilmu agama...
Conclusionnya , kalau rasa nak digelakkan orang lain , 
gelaklah sepuasnya kat orang lain . 
What goes around comes around . ^_^
xkisah la..nak cakap apa...
ni jalan yg dah dipilh..
xslah kan?
sampai bila pula nk berada di takuk lama...
Yang x tahan tuh..
ada jugak yang berfikiran ; hmm dia ni dah pakai tudung labuh ,
tapi join dengan kite2 macam ni ....
 yg ade tanya ; tak segan ke duduk dengan kitorang ni ?pon ade jugak...
MasyaAllah ,diri nih insan biase je ...
memang dah tak boleh ke duduk semeja lagi?
pelik , kalau kita tak dekat dengan mereka-mereka ni , 
macamana kita nak sebar luaskan dakwah ? 
Takkan kita hanya nak berdakwah pada orang yg bertudung labuh/berkopiah je ?
haaaaaaa...terkasar bahase sudah..
maaf sangat2...
rasanya  bukan diri nih je kot yg hadapi situasi macam ni . 
Mesti ramai lagi . Even worse pun mesti ada kan ?

Nasihat ni khusus buat diri sendiri , 
jangan dipeduli pandangan manusia lebih dari pandangan Allah .
Pandangan manusia hanya di dunia tapi pandangan Allah ? 
''fid dunia wal akhirah''
  Kalau nak dengar ........ manusia , percayalah , 
sampai saat sakaratul maut datang pun tak akan berhenti 'bicara manis' mereka ^_^
hurmmmm...gerak hati...
Kita tak tahu andai 'gerak hati' kita tu sebenarnya adalah hidayah dari Allah . 
sebelum Allah tarik balik 'gerak hati' , moleklah kiranya kita menyahutnya ...
Tapi tunjang utama...yakni lillahi ta'ala . 
tak dinafikan...perubahan yg berlaku sdikit demi sedikit
bukan lah beerti kita alim dan baik...
Tapi siapakah kita untuk mempersoalkan itu semua ? 
apa-apa pun..akan berusaha untuk perbaiki diri  sendiri 
harapnya..akhlak diri ni selari dgn pemakaian juga..
doakan diri ini yeee...!!

Wallahua'alam .
Selamat bermujahadah di jalan Allah ! ^_^
 

Monday, September 12, 2011

Yg Lemah Ini Adalah Aku...



click to create your own
 
 
“Jika saat ini aku lalai,
tolong ingatkan aku…
tentang umurku yang telah tersia,
tentang cintaku yang tiada makna,
tentang kataku yang menipu,
tentang kerinduanku yang salah tuju,
tentang kelupaanku bahwa Izrail pasti akan mengunjungiku,
tentang sempitnya kubur,
tentang hari pembangkitan,
tentang mizan,
tentang hisab,
juga tentang seksa neraka…”

Yang lemah itu aku...
  Yang selalu futur itu aku...
 Yang asyik terbabas keluar landasan itu aku...
 Yang cepat penat itu aku...
 Aku kagum pada mereka yang mampu bertahan,istiqamah dalam iman.
 Jiwanya tenang walau dalam sendirian,bahkan bahagia dalam khalwatnya dengan Allah.
 Terus-terusan saja ia memperbaiki diri, memantapkan hafazan Quran, meningkatkan bacaan ilmiah, dan tidak segan-segan meluangkan masanya di atas sejadah.
 Kakinya kuat berdiri dan berlari memercikkan Islam kepada semua walau di manapun ia berpijak.
 Bahunya teguh memikul beban dakwah yang berat.


Sesungguhnya,,yg lemah ini adlah aku..