Monday, December 12, 2011

Ayuhhhh...tenangkan jika berlapang dada......:)


jom berlapang dada :)

               Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


   Apakah yang ada di dalam hati kita kini? Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?

Adakalanya, diriku juga terjebak dengan perasaan-perasaan sebegitu yang mampu untuk membebankan hati kita. Sebab itulah, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berlapang dada. Ataupun bahasa yang sering diguna pakai, iaitu redha dengan ketentuan-Nya...

Berlapang dada memang adakalanya payah..( sangat payah huhuhu..=.=') terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka.Astaghfirullah.....Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.


Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? 

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)


     *** p/s:
Memang susah untuk berlapang dada dalam sesetengah keadaan, namun    apabila kita meletakkan pengharapan yang tinggi pada Allah, ianya mampu melenyapkan segala prasangka dan membuatkan kita yakin untuk meneruskan agenda perjuangan. Ingatlah bahawa jangan kita sentiasa merasa kita sudah berada di tempat yang benar, kerana tidak semestinya kita akan benar selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kejayaan hari ini boleh menjad musuh kejayaan esok hari.

Selamat berlapang dada wahai diri dan selamat berlapang dada wahai sahabat-sahabatku....=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

No comments:

Post a Comment