Saturday, May 12, 2012

APA ITU CINTA EKSKLUSIF?

~CINTA EKSKLUSIF~

Assalamualaikum...^^
sekian lama tak update blog...then dapat 1 persoalan n idea tuk
diletakkan dalam blog nih...hehe..tapi sekadar pendapat je pun...

ok..
CINTA
apa yang kita mula2 fikirkan bila nampak/dengar??
ermmm..mungkin seperti saya...1st thing yang terfikir,
cinta tu kasih sayang..~weeeeee ♥♥♥



akui....cinta merupakan 1 kurniaan perasaan dari ALLAH SWT^^
semua perasaan yang diciptakan kepada kita 
berbeza2 dengan orang lain...ya,perasaan sedih,marah,sayang,suka itu ada dan hadir ke dalam diri setiap individu yang bergelar manusia...^^
cuma,yang lainnya individu itu sendiri...sedih saya dan dia tak sama bukan?marah saya dengan marah  dia pun tak sama....macam tuh lah nak kata pun sebenarnya...:P kui3...


Bila difikir2kan...Cinta Eksklusif ni selayaknya diletakkan
kepada ALLAH SWT.


Persoalannya,mampukah kita memberi jaminan yang pasangan kita,suami kita dan sesiapa sahaja yang hanya kita yang mereka cintai satu2nya??Kadangkala syak wasangka,tak tenang,cemburu
menghantui kita even dia orang yang kita sayang...

Sebab tulah,sebelumkita terima cinta manusia,pastikan cinta kita  kepada Allah dah sedia utuh dan teguh....Dan lepas terima cinta manusia pun,pastikan cinta kita kepada Allah tetap berada pada tahap yang sama (paling utama)bahkan sepatutnya lebih meningkat.


pendapat salah seorang sahabat saya kongsikan disini:
''Jagalah cinta Allah. DIA pasti akan menjaga cinta anda dan pasangan anda. Jika mahu mengharap, mengharaplah kepada Allah. Jangan mengharap kepada pasangan. Jika mahukan janji tanpa kecewa, berjanjilah dengan Allah. Jangan tagih janji-janji dari pasanganmu kelak akan derita dan putus asa ''

mohle kita letakkan ALLAH sebagai cinta utama (eksklusif) dulu...lepas tu dengan izinNYA jugaklah kita cinta sesama manusia...^^

Saturday, April 7, 2012

Tak patut bukan??

Setiap yang Allah takdirkan di dunia ini semuanya berhikmah dan terbaik.

Saya yakin ini.

Cumanya, kadang-kadang, iman teruji. Keikhlasan diragui. Adanya bersangka-sangka.

Tahu, ianya salah! Tahu, ianya tak patut.

Sebab itu, akhirnya air mata sendiri yang mengalir hasil pergolakan emosi dalaman.

Baguslah dan sememangnya ada baiknya.

Allah nak diri tertanya-tanya apa itu kunci ketenangan.

Dan jawapannya adalah empat kata kunci ini:

1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."

3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."

4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."


Saturday, March 31, 2012

Awan,dengar nasihat hujan..^^

via : muharikah.com 

Awan : Hujan, tolong jangan pergi.
Hujan : Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.
 Awan : Tapi aku masih mampu.
Hujan : *senyum* Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?
Awan : *diam*
Hujan : Aku harus patuh pada Tuhan kita. Dan kau pun harus akur pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.
Awan : *mahu menangis*
Hujan : Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih? *sebak menahan perasaan*
Awan : Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Hanya demi Tuhanku. Terima kasih Hujan. Mendengarmu, aku mengenalku.
Hujan : *Allahu Rabbi* Selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain.
Awan : *airmata jatuh tanpa henti*
 Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Saat dilepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.
Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? :’)
Subhanallah Alhamdulillah Allahukbar.

Kemanisan selepas kepahitan.....
Kesenangan selepas kesusahan....

This is what we call the sweet pain feeling :’)

Wednesday, March 28, 2012

Anak sulung ツ

Via I LUV ISLAM...ツ

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.


Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?


Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

Tuesday, March 27, 2012

♥ PESANAN BUAT AKU DAN KAMU ♥

Pesanan al-Qamah
(seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia
DOA BUAT SAHABAT :
Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……

Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain”

— Umar Al-Khattab

Monday, March 26, 2012

sketsa kehidupan~ :)

~2009~

1 mesej diterima lepas keluarnya result SPM dulu2..SPM is not everything right? 
Dan diri ini hanya tersenyum...
 

DULU...
Jika diimbau kembali kenangan masa kecik2 dulu, zaman UPSR, PMR dan SPM mesti dapat result kurang satu dari markah penuh....tapi SPM banyak pulak xpenuh nya...=.=

"Nak cepat-cepat habiskan zaman sekolah.Tak best."
 
Tau tak, bila dah habis zaman sekolah baru tau betapa rindunya nak kembali ke zaman sekolah....adoiii...~Zaman yg tak perlu fikir banyak,zaman yag selesa, zaman yg seronok dan paling penting cuma rasa zaman yang masalah besarnya adalah 'study' dan 'bila nak habis sekolah'~tu je....^^!
                                                                Masa nih,
aku bukanlah seorang yg pemalas pun,rajin lah jugak (perasan jap)
aku bukan seorang yg tak pandai,tp pandai lah sikit2..huhuhu
aku bukan seorang yg main-main,mestilah ya....
Tapi mungkin nasib tima zaman sekolah dulu bukanlah yg terbaik tuk dikenang.mungkinlah~cewaahhhh..


di sitilah bermulanya kisah duka pahit masam manis aku di sekolah.
Apa yang boleh dikata, sepanjang dua tahun dah nak  habiskan zaman sekolah, banyak pulak benda yg aku alami....
Banyak ujian yg Allah berikan.Banyak benda yg Allah nak didik  aku,tapi tak pernah nak sedar....=.=. Allahu Rabbi..:(

Dan dipenghujungnya, SPM yg  aku letakkan harapan tinggi, hanya tinggal kenangan. Allah beri yang terbaik kan?Bila dapat result,hohoho...budget cool je.. Allah beri yg terbaik kan,,kenapa nak sedih2...itu yang aku usaha,itu yang aku dapat...Result aku tak teruk mana pun,,,,huhuhu..Tapi mungkin sebab impian nak dapat tinggi,itu yg sedih sikit...:(

Semua  permohonan aku mohon,cuba nasib gitu... Ada rezeki mana-mana dapatlah.
Matrik,dpt kat pulau pinang...tapi tak mau pergi sebab ayah kata jauh...huhu

Nak dikatakan aku 'gagal', masih ramai lagi yg kurang bernasib baik dari aku kan?
Aku kecewa jugak sebenarnya, sbb tak dapat bagi yg lagi tinggi untuk mama dgn ayah...
Tak sehebat result sepupu aku dulu...hurmmmm..
"kenapa aku tak pernah dapat apa yg aku impikan?"
itu je lah yang aku tau cakap...=.= huh!

POINT SEBENARNYE :
Dalam diuji,aku  senang je amik sikap tak kisah, taknak sedih-sedih suma tuh
Dalam susah,aku masih lagi ketawa....kiranya aku nak kata,aku rindu aku yang dulu...^^

Lepas tu,SPM bukanlah segalanya,Ia hanya satu permulaan.Dan kisah kehidupan aku seterusnya masih panjang lagi....Apa2 pun aku bersyukur menjadi aku yang kini...:)
Apa yang kita dapat hari ini bukan jaminan tuk masa depan ...
Tapi apa yang kita ada sekarang, mampu tuk mencerahkan masa depan yg masih panjang lagi...
*** Moga diri ini terus istiqamah dan mampu berdepan dengan ujian dariNya~insyaAllah,Ameen :)