Sunday, June 16, 2013

Terima Kasih!

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sahabatku sekalian....

Tidak kusedar… bila diri ini menempatkan kalian dihati..tidak ku tahu…
Mengapa hti ini berasa senang tatkala kalian disisi..aku tidak memahaminya..
Mengapa diri ini..mudah berkongsi suka duka dihati..aku juga tak selami..
Sejak bila diri ini..menyayangi kalian seikhlas hati..
Atas nama sebuah persahabatan..yang tak mungkin dapat ditukar ganti..

Andai suatu hari nanti…kita tidak bersua lagi…
Andai suatu hari nanti…kita tidak berbicara lagi…
Andai suatu hari nanti..diri ku dibenci..
Andai suatu hari nanti…runtuh segala kemesraan ini…
MAAFKANLAH atas segala kekhilafanku..
Halalkan makan,minum dan ilmu yang dikongsi dulu..
MAAFKANKU....

Atas segala ketidakpuasan hati…
MAAFKANKU...Terkadang tersalah bicara mengatur kata…
MAAFKANKU.....
Aku tetap aku…

Namun, ingatlah wahai sahabat..
Kita pernah tersenyum…tanda gembira..
Kita pernah menangis..tanda duka..
Kita pernah bahagia..bersama..
Sesungguhnya kita sentiasa bersama..
Aku hanya orang kecil..
Tidak memberi apa-apa makna barangkali…

Tetapi ingin ku luahkn disini…
Apa yang terpendam dihati…
Aku….ckup bersyukur…
Mengenali dan menjadi sahabat kalian…
Aku…cukup bertuah…
Kerana kalian, aku masih disini..
simpanlah ini sebagai kekuatan...
simpanlah ini sebagai kenangan..
jangan dibuang jangan dihilangkan...
tiada gantinya kalian di ingatan...


Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajiban dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT... ( terutama buat diri ni =.=' ) juga sahabat2 sekalian...:)

No comments:

Post a Comment