بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaAllah hari ini topik yg terlintas di fikiran lebih berkisar sesuatu yang dekat dengan kita,^^
Reaksi dari raut wajah kita, kurniaanNya yang kita miliki.
Sedarilah, apa yang terzahir di wajah sedikit sebanyak memberi gambaran di sudut hati...huhuhu
Maka satu Istilah yang PERLU kita hadamkan dalam diri adalah-BERMANIS MUKA
Sedarilah, apa yang terzahir di wajah sedikit sebanyak memberi gambaran di sudut hati...huhuhu
Maka satu Istilah yang PERLU kita hadamkan dalam diri adalah-BERMANIS MUKA
Kadangkala kita sering terlalu mengikut emosi diri terutama apabila ada yang tidak berkenan di hati terjadi...huhu(maaf kat sahabat2 sye...anda tahu kan?huk3)
Apabila sahabat melakukan kesalahan, maka protes tanda kemarahan dizahirkan melalui riak wajah
MASAM dan MARAH
Walhal Islam sendri menekankan agar kita perlulah bermanis muka dengan sahabat
bermanis muka dengan mereka yang berada di sekeliling kita
Oleh sebab tulah, Islam menganjurkan agar membajai Ukhuwwah itu dengan 3 tingkatan Ukhuwwah
iaitu Berlapang Dada, Kesamarataan, dan Melebihkan Sahabat...>_<
Sangat sukar sebenarnya untuk menegur sahabat yang melakukan kesalahan dengan hikmah dan bijaksana
Kita lebih gemar menunjukkan tanda marah pada reaksi wajah ditambah dengan perubahan sikap
dingin pada sahabat, sedangkan jalan yang paling penting dilakukan adalah
MENEGUR sahabat dengan sebaik-baik bahasa...
Sukar untuk ditemui insan sebegini. Islam sangat mementingkan luasan ukhuwah...
Apabila bersahabat, maka terimalah baik dan buruk sahabat kita itu....
Sepertimana kata-kata hukama':
“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita”
Memang kita bukan malaikat utk sentiasa bermanis muka walau hati marah membara,
namun berilah layanan terbaik utk menyenangkan hati sahabat,
Jadilah kita sahabat yang apabila wajah dilihat oleh sahabat, tidak lekang dari senyuman...
Janganlah kita menjadi sahabat yang Menghukum kerana kita tidak layak untuk itu...
Sayang sahabat, maka tegurlah kesilapannya... dan yang ditegur juga terimalah dengan berlapang dada...
Pesanan Luqman kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu,
Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu,
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu,
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu,
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu,
Ingat kepada Allah s. w. t,
Lupakan budi baik mu pada orang lain,
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu,
Ingat kepada mati
Walaupun ia tidak semudah yang disangka... namun bersama kita muhasabah diri...
Adakah kita ini telah menjadi sahabat yang sentiasa bemanis muka dengan seikhlas hati,
atau sahabat yang sering menghukum kesalahan sahabat yang lain.
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
>> Semoga dapat ambil manfaat bersama serta mulakanlah pengamalan bermanis muka dalam diri kita...
*
No comments:
Post a Comment