Thursday, April 10, 2014

R.I.N.D.U

Allah!
Allah!
Allah!
Sungguh,Aku RINDU!
Rindu sangat yang amat...

Aku rindu zaman ketika halaqah adalah 'keperluan', bukan sekadar sambilan apalagi hiburan…

Aku rindu zaman ketika mambina adalah 'kewajipan' bukan pilihan apalagi beban dan paksaan…

Aku rindu zaman ketika daurah menjadi 'kebiasaan', bukan sekadar pelengkap pengisian program yang dipaksakan…

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi 'kekuatan', bukan keraguan apalagi kecurigaan…

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah 'pengorbanan', bukan tuntutan, hujahan dan slogan semata-mata….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi 'kesenangan' bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini…


Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah 'kerinduan' dan terlambat adalah kelalaian…

Aku rindu zaman ketika malam pergi ke puncak mengisi daurah dengan kos sendiri,ketinggalan tiba dan laluan tak jelas…

Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa alat tulis, buku catatan dan quran terjemah yg kadangkala ditambah sedikit hafalan…

Aku rindu zaman ketika jundi menangis kerana tidak dapat hadir dalam liqo…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita di subuh harinya…

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat ke liqo dengan duit belanja esok hari untuk keluarganya…

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para jundi bertungkus lumus mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu…

Ya Rabb…

Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami…

Ya Rabb…

Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini…




diolah sedikit dari cerita asal : KH Rahmat Abdullah 

No comments:

Post a Comment