Apabila bangun tidur, tanya kepada diri kita. "KENAPA Allah masih HIDUPKAN aku pada hari ini?".
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali ialah "kerana DOSAKU terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (MEMBERI MASA) aku untuk BERTAUBAT.." ♥♥
From : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Terkesan di hati...#Allahu~ Wahai anakku, Semasa engkau sering termenung dan murung, aku sedar kamu sekali lagi terkena masalah yang sama. Masalah engkau terlalu mudah membiarkan hatimu terikat pada seseorang.
Wahai anakku, Sedarlah waktu hati engkau terikat pada seseorang, kamu akan melakukan segalanya untuk menggembirakan mereka dan membuat mereka senyum. Kamu akan terlupa mengenai kehendak kamu, kehendak orang lain menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada kehendakmu sendiri.
Tatkala ini, wahai anakku, engkau akan sentiasa memberi peluang kepada mereka, walaupun kamu tahu tidak berbaloi kerana tindakan mereka sering melukai hatimu. Kadang-kala mereka juga mengambil kesempatan pada engkau, dan kamu menjadi seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi.
Tapi kerana rasa sayang di hati, wahai anakku, kamu merelakan dirimu dilayan sebegini, kerana kamu merasakan asalkan mereka tetap berada di dalam kehidupanmu, kamu dah cukup berpuas hati. Walaupun mereka mengecewakanmu berkali-kali, kamu tetap berada di sisi mereka waktu mereka memerlukan kamu. Engkau merasakan itulah kamu, dan itulah siapa kamu yang sebenarnya.
Ingatlah tatkala kamu terikat dengan seseorang, di hatimu sentiasa ada tempat untuk mereka. Sebab itulah kamu susah melepaskannya walaupun mereka merompak senyumanmu.
Wahai anakku, Aku sedar masalah kamu kerana aku juga pernah berkali-kali mengalaminya ketika waktu muda aku. Aku faham engkau malu bercerita pada aku mengenai perasaan di hatimu walaupun aku sedikit terhiris kamu merasakan aku tidak dapat memahami perasaanmu.
Ingatlah wahai anakku, kamu hanya insan biasa, dan kamu tidak mungkin dapat lari daripada terikat perasaanmu pada seseorang. Tapi kematangan dan pengalaman boleh membantu dalam menguruskan gelora emosimu tatkala kamu semakin membesar.
Aku nukilkan ini untuk engkau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar. Usah rasa malu pada aku, kerana aku tidak akan mencemuh mahupun memandang rendah padamu kerana kamu anak kesayanganku.
Jika kamu susah bercerita pada aku, ceritalah pada Tuhanmu. Mohonlah Tuhanmu membuka hatimu dan memberikan petunjuk padamu. Pastikan ikatan kamu pada Tuhanmu melebihi segala ikatan dengan manusia, dengan itu kamu tidak akan mudah terjerat dengan gelora hatimu yang terikat pada seseorang yang tidak mengerti untuk menghayatimu.
Dan kongsilah nukilan ini pada sahabat handaimu jika kamu terasa ini seolah-olah terkena pada sanubari hatimu.
You down and out You just can’t come You wanna shout you lost all hope On your knees, begging please You turn and pray to find your way
Hey, you make doa Allah’s there Whoever you are, because he cares Then you forget to say thank you Allah , You forget to say Insyallah You forget to say Subhanallah Raise your hands Alhamdulillah
Let’s flashback, let’s back drive Towards a time like yours and mine The story of the three Who'll long to be To who be free of their misery
To the one floor he opens the door Gave him empty of his bounty
Then you forget to say thank you Allah You forget to say InsyaAllah You forget to say SubhanaAllah Raise your hands Alhamdulillah
Can’t you see His promise to you Can’t you see His promise is true Hold on to the rope of Allah Don’t lose hope in Allah If you remember Allah in prosperity He’ll not forsake you in adversity Be mindful of Allah He’ll guide you to all that His good
Then you forget, to say thank you Allah You forget to say InsyaAllah You forget to say SubhanaAllah Raise your hands, Alhamdulillah
Get down and out You just can’t go you wanna shout you lost all hope On your knees begging please You turn and pray to find your way
Assalamualaikum....yeahhhhh!! Bukan suka..cuma...takdak perasaan seketika...biasalah....1 bulan sampai 3 4 kali jumpa doktor +_+ Dosa banyak nih....huhuhu...sakit kafarah dosa-dosa kecik...Takgitu? eheh... Baru-baru ni,kepala aku denyut-denyut sakit tiba-tiba...rasa macam migrain balik...tapi takpelah...biar je..dah biasa sakit kepala...kononnya....tapi pagi tadi masa bangun sahur...tiba-tiba kepala tak boleh nak gerak...dengan excitednya bagi tahu mama ayah...kata kena benguk kut....diorang kata bukan ni...aku pun..eh? belek-belek semula...haah...3 bengkak kat bawah leher ni..makin besar..sakit ..keras...Allahu...sakit dehhhh =.=' Doktor pompuan kat Hospital Tampin tu ceritalah....: 'Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit. Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu..' Selepas suspect 'Batu Karang' ....sekarang ni kalenjar bengkak...asbab jangkitan kuman..''swollen lymph node'' doktor habaq.....bengkak leher ni haaaa...sakit kepala dibuatnya...Nak menoleh kiri kanan? MasyaAllah...hanya Tuhan yang tahu....
Suka sangatlah rasa kena habiskan ubat tu kan.....pernah habis ke gamaknya? pheeeewwww~~~ Bukan xnak habiskan...aku dengar lah..(dengar je ) huhuhu...kalau asyik makan ubat..nanti effect buah pinggang pulak...gena tuuhhh? hmmmm...ye2 je aku percaya orang kata nih....hahaha...
Allahumma in kana ajali qad hadara fa arihni wa in kana muta-akhkhiran farfa’ni wa in kana bala-an fasabbairni.
“Ya Allah, jika ajalku telah datang dalam sakitku ini, maka senangkanlah aku, jika masih jauh hilangkanlah penyakitku, dan jika sebagai cubaan, maka berikanlah kesabaran padaku.”
p/s :Dear me...be strong...Harap-harap tu hanya sakit biasa. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku...ameen :)
Kamu mungkin lihat mahasiswa/i yang pergi usrah sana sini, daurah itu ini, kamu rasa, hidup mereka macam bagus. Ada loving, caring. Usrahmate yang selalu ingat memperingati. Upload gambar pergi jaulah sana sini. Mereka berkawan dengan orang-orang yang baik, maka berkahwin dengan orang-orang baik juga.
Kamu rasa, kamu tak layak mendapat seperti itu,bukan?
Kamu rasa, masa silam kamu tak membenarkan kamu mempunyai masa sekarang atau masa hadapan seperti mana yang mereka nikmati tu kan?
Dai'e bukan malaikat...ingat tu...
Vlogger-vlogger dakwah dalam youtube, mereka bukan malaikat.
Mereka yang mengaku diri mereka dai'e, mereka juga ada masa silam yang tersendiri. Ada bayang hitam yang mereka harap, orang lain tidak tahu. Mereka harap, naqib naqibah mereka tidak tahu. Mereka harap, sahabat usrah mereka tidak tahu.
Dan dengan diselubungi bayangan hitam itu, mereka cuba menyeru orang lain untuk membuat kebaikan. Hati mereka perit. Bila mereka melihat kamu, mereka seolah-olah melihat diri mereka pada suatu masa dahulu. Bahkan mereka rasa, mereka dulu lebih teruk daripada kamu.
Iman mereka juga turun naik. Godaan yang kamu hadapi, mereka hadapi juga. Wanita, rokok, hiburan, fesyen, mereka juga hadapi. Masalah keluarga, mereka juga hadapi. Sahabat-sahabat yang jahat, mereka juga punyai.
Untuk membetulkan diri, lalu membetulkan orang lain, ujian nya cukup berat. Nak kena selesaikan hal sendiri. Nak ambil berat masalah iman orang lain juga.
Dalam hati mereka hanya berdoa, "Ya Allah, aku dulu jauh lebih teruk daripada ini. Dan aku berdakwah ini, bukan untuk tunjukkan diri aku baik. Tetapi paling tidak, kalau aku telah terjatuh ke dalam lubang hitam, aku harap tak ada muslim lain yang jatuh ke dalam lubang ini macam aku."
Terima kasih kepada para dai'e yang cuba membawa sinar harapan kepada umat Islam yang semakin malap.
Hiduplah dengan harapan terhadap masa hadapanmu, jangan hidup dengan bayangan masa silammu, wahai dai'e dan mad'u..
Assalamualaikum wbt :) Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk melalui bulan tarbiyah bulan penuh barakah,penuh kemuliaan serta pengampunan...Sudah masuk fasa ke 2 Ramadhan bukan? Ya! Di mana masuknya kita ke dalam fasa ini iaitu fasa pengampunan / maghrifah..So that,ayuh sama2 kita upgrade diri,mencari dan memohon pengampunan dari Allah S.W.T. Banyakkan beramal...jangan berkira....dan mohon doa juga agar segala apa yang kita laksanakan di sepanjang bulan Ramadhan ini akan terus berkekalan di dalam bulan2 yang lain juga....amalan yang kita lakukan ini bukanlah amalan brmusim...#TakeNoteToMySelf :) Amalkan doa ini juga :
(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).
Ramadhan berasal drpd perkataan bahasa Arab yang bermaksud panas terik yang membakar.Zaman dulu-dulu umat Islam akan puasa dalam musim panas. Ramadhan biasanya datang pada musim yang panas terik.
Dalam bulan ni Allah sediakan pengampunan yang amat luas. Sama2 kita perbanyakkan istighfar. Kita manusia biasa, mesti pernah buat silap. Hanya Nabi Muhammad SAW ja yang maksum. Kesalahan yang kita buat terhadap Allah, cepat2 kita mintak keampunan dariNya. Allah Maha Pengampun, pasti Allah akan ampunkan segala kesalahan kita, tambahan pulak di bulan yang penuh pengampunan ni...
Kalau buat silap dengan orang, kita kena pi jumpa dia dan mintak maaf dengan dia. Jangan takut, kalau kita betul-betul ikhlas nak mintak maaf, orang dapat rasa keikhlasan kita. Mungkin dulu dia kata dia takkan maafkan. Tu dulu, manusia sering berubah. Boleh jadi dulu dia tak mau maafkan, tapi sekarang hati dia dah lembut. Ramai yang hatinya jadi lunak di bulan Ramdhan...Cuba ja la dulu..mana lah tahu kan?? Terpulang lah dia nak memaafkan ke tidak...cuba tu perlu...kita da usaha...moga Allah lembutkan hati2 kita ni untuk saling memaafkan :)
Sesungguhnya bulan rahmat ini akan membakar dosa-dosa mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan...
Alvin 25, dan Vivian 24,menghadapi tiga tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.Mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satupenerbitan yang berunsur hasutandi laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingersiaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.Kedua, mereka didakwamempamerkan gambar-gambar lucahdi laman peribadi mereka di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.Ketiga,memuat naikdi laman Facebook mereka satukandungan gambar dan komenyang sama, berkemungkinanmenyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan. Bagi kesalahan pertama,mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.Kesalahan kedua,mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kesalahan terakhir.mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),GAMISmengutuk sekerasnya tindakan tidak bermoral Alvin Tan & Vivian yang telah menyentuh senstiviti umat Islam serta tindakan mememuat naik aksi-aksi lucah mereka.Hukuman yang setimpal wajar dikenakan dengan harapan dapat melahirkan keinsafan kepada mereka dan seterusnya menjadi amaran kepada mana-mana individu lain agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian rupa pada masa akan datang.
Sungguhpun demikian,GAMISberpendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak,NGO atau pun individu yang menjadikan hujah penghinaan terhadap umat Islam oleh pasangan tersebut untuk menghina agama lain.Penghinaan dibalas penghinaan.Sepatutnya yang terjadi ialah kita saling memahami sensitiviti dan menghormati agama lain. Sehubungan dengan itu,GAMISmenyokong cadangan kerajaan untuk mewajibkan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Hal ini kerana, ianya boleh menjadi salah satu medium terbaik dalam usaha memahamkan khususnya generasi muda akan kepelbagaian agama serta kaum di Malaysia .
Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Mohd Khairul Izzaz Ismail.
Kalau engkau tahu tahap part buruk, part sakit seseorang itu , kau takkan pernah minta utk jadi orang lain.
Cuba, kita syukur. Biar mulanya hanya mulut berkata tapi mudah mudahan hati benar ikhlas. Bahagia itu bukan "luck" , engkau pilih. Kita pilih. Start dari hati . Pilihan kita. Ujian & Sakit tu ofcourse la ada. Hidup kot. Tapi teruskan, Allah bantu.
Never ask Allah "i wish i could have a life like you, like her, like him." . Ask Allah for the best bcs He knows us very well. Fullstop.
“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Mudah2an Allah masih bagi peluang untuk beribadah padaNya didalam bulan yang mulai ini... :)
Dalam gerakan Islam memang ada tarbiyah sweeties. Tapi tak semestinya sepanjang masa.. Terlebih manis akan menyebabkan diabetis dalam perjuangan, akhirnya lemau terbujur di atas katil. Maka di situ penawarnya ialah tarbiyah pahit. Maka kepahitan itulah yang akan mengimbangi kemanisan berlebihan itu dan menguatkan imunisasi badan kita.
Cantiknya keseimbangan antara tarbiyah Sweet dan tarbiyah Bitter
Wahai anakku, Di bulan mulia ini, janganlah engkau hanya menjaga puasa jangan batal, sebaliknya engkau kena jaga jangan pahala puasa terbatal, disebabkan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.
Wahai anakku, Puasa bermakna menjaga mata engkau dari melihat perkara yang diharam, menjaga telingamu dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kaki dan tanganmu dari melakukan amalan bertentangan syarak.
Kamu juga kena menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, dan menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah. Masihkah kau ingat perbezaan air liur madu dan racunmu? Bulan mulia ini adalah bulan yang paling mudah untuk engkau menghayati teori itu sepenuhnya.
Wahai anakku, Sabda Rasulullah s.a.w: "Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga.” Semoga puasamu diterima Allah.
ULASAN Ketika ini seluruh dunia bersepakat wajib mempertahan dan membela hak asasi manusia yang juga menyentuh hak majoriti dan hak minoriti seperti mana dalam Universal Declaration of Human Rights (United Nations) di Paris pada tahun 1948 dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) pada tahun 1990.
Walaupun kedua-dua deklarasi ini ada perbezaan teras tertentu, tetapi semua negara-negara yang menandatanganinya telah bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, tidak boleh dinafikan haknya sebagai manusia, bahkan ada yang berfikir lebih melampau sehingga mempertahankan hak binatang lebih daripada hak manusia.
Tetapi semuanya ini tidak diambil peduli apabila menangani isu besar dan mendesak yang menyentuh hak rakyat Syria, kerana pihak yang menjuarai hak asasi ini sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing dan mempertahankan hak keselamatan negara haram Israel, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Begitulah rupanya apabila pengaruh Zionis dan agendanya masuk ke dalam kepala para pemimpin dunia, negara kuasa besar dan lebih malang lagi termasuklah pemimpin negara Arab dan pemimpin negara umat Islam.
Perlulah kita ingat bahawa para pemimpin kanan Israel, sama ada pimpinan politik atau tentera, telah pun membuat kenyataan terbuka bahawa Israel akan campur tangan menyerang secara langsung ke dalam Syria sekiranya senjata jatuh ke tangan kumpulan Islam, sama ada Ikhwan Muslimin, al-Qaeda atau Hizbullah. Nampaknya Israel tetap menjaga kepentingannya tanpa mengira apakah mazhab yang dianut oleh kumpulan yang bernama Islam. Inilah sikap sebenar negara haram Zionis ini yang menunjukkan sikapnya yang paling bermusuh terhadap Islam.
Aspek yang lain pula, jangan dilupai bahawa semua negara kuasa besar terlibat mewujudkan negara haram Israel sejak tahun 1948 menerusi British Mandate for Palestine. Sejak saat inilah semuanya terpengaruh dengan agenda Zionis yang menjadi guru mencipta ideologi kepada semua negara kuasa besar dan sekutunya yang berbeza ideologi itu. Seterusnya rangkaian Zionis mempengaruhi politik dalaman dan antarabangsa, ekonomi dunia dan medianya.
Sejarah membuktikan, bahawa Zionis ini tidak akan mengizinkan mana-mana kumpulan Islam, sama ada kumpulan itu dari mazhab Sunni, Salafi atau tidak. Mereka juga tidak mengira sama ada kumpulan itu adalah Syiah muktabar atau tidak, dan tanpa mengira pendekatan sederhana atau melampau, Ikhwan atau al-Qaeda atau Hizbullah, semuanya diletakkan dalam satu bakul.
Semuanya tidak diizinkan sekiranya yang mengambil alih kuasa di Syria bagi mengganti Basyar Asad dan Parti Ba'athnya. Israel dan semua kuasa besar itu boleh menerima siapa sahaja yang tidak berjenama Islam tanpa mengira ideologinya. Pendirian mereka ialah bahawa Basyar Asad tetap lebih baik daripada semua kumpulan Islam tanpa mengira mazhab, kerana sebarang perubahan kepada Islam dikira paling membahayakan keselamatan Israel dan menjejaskan kepentingan negara barat dan sekutunya dan juga Rusia, China dan sekutunya.
Bacalah kenyataan Ketua Turus Pasukan Pertahanan Israel (IDF Chief of Staff) Benny Gantz pada Januari 2012 lalu bahawa Israel boleh menerima puak Alawi dari kumpulan Basyar Asad sebagai pelarian akibat dari Revolusi yang berlaku di Syria, kerana kumpulan ini tidak membahayakan Zionis Israel. Maka akhirnya Kerajaan kumpulan minoriti Alawi yang sesat dan Parti Ba'ath berideologi kiri pimpinan Basyar Asad adalah paling diterima oleh semua kuasa besar itu demi kedudukan masing-masing.
Berlindung dengan kuasa besar
Maka akhirnya rakyat Syria yang menjadi mangsa pertembungan bersenjata yang melibatkan kuasa besar timur dan barat yang melibatkan Amerika, Kesatuan Eropah dan sekutunya, dan juga Rusia, China dan sekutunya.
Terheret sama dalam konflik berdarah ini ialah negara serantau, Turki, negara Arab dan Iran di atas nama strategi masing-masing. Akhirnya Basyar Asad juga yang dilihat lebih berpeluang mengikat semua pihak kerana tidak ada pengganti yang lebih baik daripadanya demi menjaga kepentingan masing-masing. Kezaliman dan kekejaman keluarga Asad menerusi Hafeez al-Asad terhadap rakyatnya sendiri telah berlaku sejak dari tahun 1970-an lagi. Walaupun kumpulan Alawinya yang terlalu kecil (10 peratus) tidak muktabar dalam mazhab Sunni dan Syiah yang muktabar, parti Ba'athnya dapat terus memerintah secara diktator sejak sekalian lama.
Adapun negara serantau pula bertegas dengan strategi masing-masing. Iran dan Hizbullah menjadikan alasan bahawa Basyar Asad adalah rakan strategi jalinan pembekal senjata menentang Israel dan membantu garisan hadapan Palestin dan Selatan Lubnan; dan dalam masa yang sama Syria di bawah kerajaan Alawi dan parti Ba'ath tidak menjadi ancaman besar terhadap Israel. Akhirnya Basyar Asad juga dipertahankan di atas alasan strategi, dengan berlarutan, walau pun membunuh rakyatnya sendiri.
Adapun setengah negara Arab Teluk dan bukan Teluk menganggap Iran dan Hizbullah bersama mazhab syiahnya adalah ancaman kepada mereka setaraf dengan Israel, maka Iran dan Hizbullah perlu dihapuskan. Akhirnya mereka meletakkan Israel dan Basyar Asad sebagai bukan ancaman sebenar, maka Basyar Asad dan parti Ba'athnya tidak penting, maka selamatlah dia.
Dalam masa yang sama Amerika dan sekutunya mengira Iran dan Hizbullah adalah ancaman terbesar, menyebabkan negara-negara barat itu meletakkan semua kumpulan yang berjenama Islam dalam satu bakul bahaya, tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah, Salafi atau Khalafi, Syiah Muqtada al-Sadr atau Sistani, konservatif atau reformasi, tanpa perbezaan di antara kumpulan sederhana yang memilih demokrasi atau pelampau yang mengharamkan demokrasi. Semua yang berjenama Islam adalah pelampau dan mengancam keamanan dunia, khususnya kedudukan keselamatan Israel lebih penting bagi mereka. Rusia dan China juga masing-masing ada saham mewujudkan negara haram Israel, dalam masa yang sama ikut berlumba dalam persaingan mendapat pengaruh dan pasaran di Asia Barat yang berisikan sumber tenaga yang menjadi rebutan.
Ada pun sebahagian lagi negara Arab pula sangat bergantung dengan kuasa besar, sehingga menjadikannya pelindung lebih daripada Allah SWT. Manakala kumpulan Islam Sunni juga dianggap sebagai ancaman kepada sebahagian negara Arab ini, bukan hanya Syiah, sehingga mengizinkan buminya menjadi pangkalan tentera asing yang diambil kesempatan bukannya menjaga kawan, tetapi lebih utama menjaga Israel dan telaga minyak di rantau itu. Hakikatnya ada negara Arab dan negara umat Islam sekitarnya yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Lebih baik Basyar tak berpegang dengan agama... Akhirnya tindakan mengekalkan Basyar Asad di Syria adalah boleh mengekalkan pasaran dan menambah nilai semua pihak, kerana daripada pihak lain khususnya kumpulan Islam, adalah lebih baik dibiarkan sahaja Basyar Asad dan parti Ba'athnya yang tidak berpegang dengan agama dan mana-mana mazhab yang muktabar.
Sepatutnya umat Islam tidak celaru dalam menentukan sikap. Umat Islam sepatutnya jelas bahawa negara haram Israel diwujudkan secara haram dan dipaksakan ke atas umat Islam, dan dalam masa yang sama negara kuasa besar tidak boleh diberi kepercayaan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Kuasa besar Barat ini hanyalah melihat dua perkara yang paling penting iaitu (1) survival negara haram Israel dan (2) kekuasaan mereka kepada sumber petroleum sebagai asas tenaga negara Barat; bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab yang berdepan dengan konflik berdarah ini, ataupun keselamatan negara-negara Arab rantau teluk itu sendiri.
Bagi penyelesaiannya, semua negara serantau, Arab, Turki dan Iran bersama seluruh negara umat Islam sepatutnya bebas daripada pengaruh negara pengacau yang datang dari timur dan barat dan bersatu strategi kembali kepada Islam.
Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.
Ada pun perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuwan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah kepada yang jahil, sama ada individu atau media. Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya.
Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam.
Lebih kurang 24 jam lagi...semua Umat Islam akan memulakan ibadah Puasa....excited nak berpuasa....insyaAllah...moga di beri kesempatan dan kesampaian dalam mendidik hati , akal, nafsu dan semuanya didalam bulan yang penuh barakah ini....Ya Rabb! Sampaikan aku kepada bulan ramadhan ini...
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah. Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada dibulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Rabu, 10 Julai 2013..
Amalkan menyebut asma Allah ; ' Ya Latiff' ( Yang Maha Lembut/Halus)
dengan melaziminya...insyaAllah..ianya mampu melembutkan hati yang keras lagi ego seperti diri ini....huhuhu...+_+
EGO~ reality always hurt =.='
apa gunanya sahabat kalau apa yang kita buat tak diendahkannya?
apa gunanya sahabat kalau dah tak boleh dengar keluh kesah kita, bagi nasihat yang membina?
apa gunanya sahabat kalau dah tak mahu berbalas bicara?
walaupun aku tak sebaik sahabat lain yang mereka dampingi, apa salah nya teruskan saja persahabatan dengan aku?
bukan kah mereka yg lebih baik seelok-eloknya membimbing sahabat yg kurang baik ni?
kalau semua yang baik nak bergaul dengan baik saja, apa akan jadi pada yg kurang baik ni?
wallahualam...
sedih rasa hati ni Allah saja yg tahu.
nak diluah pada sahabat, sahabat seperti sudah tak sudi lagi.
tak apalah, reality always hurts kan...dan hanya DIA sahaja tempat mengadu yg lebih baik..Maha segalanya :)
aku tak pernah mengharap menjadi yang terpenting dalam hidupmu. tapi cukuplah 1 hari nanti bila kau terdengar nama aku..., kau akan ingat watak aku dalam hidupmu....#cewahhhh~
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67) Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)
Last but not least :
Ya Allah, tolong sampai kan pesan rindu aku ni dekat dia ni boleh? Tolong jagakan dia sekali ... dia sahabat yg saya sayang di antara yg paling saya sayang... (:. yeahh, awak tahu siapa awak, tapi orang lain takkan tahu siapa awak ! salah2....saya tahu siapa awak...tapi tak mungkin awak tahu ini untuk awak....:( nevermind: they can guess, but only me yg tau....~hmmmmm.... *merepek di pagi hari*
Assalamualaikum..... Alhamdulillah....2 hari lagi Ramadhan bulan penuh kemuliaan kembali mendekati...Sudahkah kita bersedia?? ( #thinking ) Puasa! Puasa! Puasa! Adakah menahan lapar dan dahaga sahaja? sendiri mau ingat....Puasa is a kind of Ibadah pokok yang dinyatakan dalam Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan lah yang menjadi asas untuk membina peribadi Muslim... :) Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yg pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yg bertahta di hati kita selama ni....Oleh itu, inilah masa yg perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yg selama ini dikongkong oleh syaitan...Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata....tapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yg maha besar yg perlu dihadapi oleh setiapumat Islam...iaitu Jihad melawan Nafsu~
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bersama2lah kita memanfaatkan Ramadhan kali ini...maaf-memaafkan....mudah2an Ramadhan kali ini memberi 1001 makna yang tidak ternilai buat kita bersama...persediaan kepada kita, pada saya, pada semua, kita ambil peluang Ramadhan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.InsyaAllah...Ameen :) Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
Pendirian Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, 06 Julai 2013, 27 Sya'aban 1434 H.
GAMIS melahirkan rasa kesal terhadap penggulingan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang dilantik secara rasmi melalui sistem pilihanraya pada 24 Jun 2012 tahun lepas.
Dalam tempoh 377 hari ( 1 tahun 12 hari ), realitinya sudah pasti satu jangka masa yang sangat singkat untuk melakukan fasa perubahan menyeluruh terhadap negara Mesir setelah 30 tahun negara itu ditadbir oleh Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak, Presiden Mesir ke - empat.
Ditambah juga, sepanjang tempoh itu beliau berhadapan dengan cabaran tidak mendapat sokongan penuh daripada pemimpin pertahanan negara dan kakitangan kerajaan bagi melaksanakan perubahan yang dirancang.
Polemik yang dimainkan pihak tentera bagi merampas kuasa yang turut mendapat sokongan Syeikhul Azhar menyaksikan kebejatan sistem politik Mesir yang sewenang - wenangnya dibonekakan.
GAMIS berpandangan seharusnya SISTEM POLITIK MESIR PERLU DIROMBAK DARI AKAR UMBI supaya KUASA TENTERA TIDAK MENJADI ALAT untuk MEROBEK KEPUTUSAN PILIHAN RAKYAT.
Ini kerana, tidak mustahil selepas ini jika perlantikan Presiden masih juga tidak dipersetujui, maka rampasan kuasa oleh tentera akan terus berlaku sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyat Mesir dalam jangka tempoh yang panjang.
Dalam hal rampasan kuasa ini, Barat dilihat menyokong tindakan tersebut walaupun demokrasi menjadi laungan mereka. Tetapi, sebaliknya yang berlaku, apabila Dr Morsi kelihatan melebar luas agenda Islam terutamanya isu Palestin.
GAMIS turut menyokong tindakan parlimen Turki serta parti pembangkangnya yang tegas mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tentera membelakangi prinsip demokrasi. Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk yang benar oleh Allah S.W.T dalam mencermati polemik krisis politik Mesir ini. Sama - sama kita kirimkan doa berterusan buat kekuatan spiritual rakyat Mesir disana.
Muhammad Azan bin Safar, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ), dan seluruh Saff Kepimpinan GAMIS 2012/2013.
Alhamdulillah..Malam Teater Cinta Rasul telah belangsung pada 29 Jun 2013 yang lepas..Alhamdulillah juga asbab empunya rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menghadirinya :).....
QASIDAH (قصيدة) isinya adalah selawat..qasidah juga telah menjadi trend masa kini dan ianya meniti di bibir2 anak kecil sekarang....
Qasidah adalah merupakan rangkap-rangkap syair yang indah lagi mempesonakan yang dibaca dan meniti di bibir jutaan umat Islam yang mengungkapkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW. Keindahan dan keunikan Qasidah ini adalah bukti tanda mutiara syair cinta para Ulama Sufi kepada junjungan kita, Rasulullah SAW.
Credit to sahabat fillahku...Amriza & Nurfasya...kami sama2 meredah kehidupan KL tu haaa...hehehe...
macam2 jadinya kan?but ALHAMDULILLAH...dipermudahkan jua...