Alhamdulillah....2 hari lagi Ramadhan bulan penuh kemuliaan kembali mendekati...Sudahkah kita bersedia?? ( #thinking ) Puasa! Puasa! Puasa! Adakah menahan lapar dan dahaga sahaja? sendiri mau ingat....Puasa is a kind of Ibadah pokok yang dinyatakan dalam Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan lah yang menjadi asas untuk membina peribadi Muslim... :)
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yg pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yg bertahta di hati kita selama ni....Oleh itu, inilah masa yg perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yg selama ini dikongkong oleh syaitan...Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata....tapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yg maha besar yg perlu dihadapi oleh setiap umat Islam...iaitu Jihad melawan Nafsu~
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
No comments:
Post a Comment