Monday, July 22, 2013

Ramadhan Bulan Pengampunan

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk melalui bulan tarbiyah bulan penuh barakah,penuh kemuliaan serta pengampunan...Sudah masuk fasa ke 2 Ramadhan bukan? Ya! Di mana masuknya kita ke dalam fasa ini iaitu fasa pengampunan / maghrifah..So that,ayuh sama2 kita upgrade diri,mencari dan memohon pengampunan dari Allah S.W.T. Banyakkan beramal...jangan berkira....dan mohon doa juga agar segala apa yang kita laksanakan di sepanjang bulan Ramadhan ini akan terus berkekalan di dalam bulan2 yang lain juga....amalan yang kita lakukan ini bukanlah amalan brmusim...#TakeNoteToMySelf :)

Amalkan doa ini juga :

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ 
(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).

Ramadhan berasal drpd perkataan bahasa Arab yang bermaksud panas terik yang membakar.Zaman dulu-dulu umat Islam akan puasa dalam musim panas. Ramadhan biasanya datang pada musim yang panas terik.

Dalam bulan ni Allah sediakan pengampunan yang amat luas. Sama2 kita perbanyakkan istighfar. Kita manusia biasa, mesti pernah buat silap. Hanya Nabi Muhammad SAW ja yang maksum. Kesalahan yang kita buat terhadap Allah, cepat2 kita mintak keampunan dariNya. Allah Maha Pengampun, pasti Allah akan ampunkan segala kesalahan kita, tambahan pulak di bulan yang penuh pengampunan ni...

Kalau buat silap dengan orang, kita kena pi jumpa dia dan mintak maaf dengan dia. Jangan takut, kalau kita betul-betul ikhlas nak mintak maaf, orang dapat rasa keikhlasan kita. Mungkin dulu dia kata dia takkan maafkan. Tu dulu, manusia sering berubah. Boleh jadi dulu dia tak mau maafkan, tapi sekarang hati dia dah lembut. Ramai yang hatinya jadi lunak di bulan Ramdhan...Cuba ja la dulu..mana lah tahu kan?? Terpulang lah dia nak memaafkan ke tidak...cuba tu perlu...kita da usaha...moga Allah lembutkan hati2 kita ni untuk saling memaafkan :)

Sesungguhnya bulan rahmat ini akan membakar dosa-dosa mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan...



Selamat Beribadah!

Kurangkan Juadah, Lebihkan Ibadah...^^

2 comments: