Thursday, July 18, 2013

GAMIS-Alvin Tan, Vivian & senstiviti umat islam...

Alvin 25, dan Vivian 24,menghadapi tiga tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.Mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan yang berunsur hasutan di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.Kedua, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di laman peribadi mereka di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.Ketiga, memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Bagi kesalahan pertama,mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.Kesalahan kedua,mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kesalahan terakhir.mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),GAMIS mengutuk sekerasnya tindakan tidak bermoral Alvin Tan & Vivian yang telah menyentuh senstiviti umat Islam serta tindakan mememuat naik aksi-aksi lucah mereka.Hukuman yang setimpal wajar dikenakan dengan harapan dapat melahirkan keinsafan kepada mereka dan seterusnya menjadi amaran kepada mana-mana individu lain agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian rupa pada masa akan datang.

Sungguhpun demikian,GAMIS berpendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak,NGO atau pun individu yang menjadikan hujah penghinaan terhadap umat Islam oleh pasangan tersebut untuk menghina agama lain.Penghinaan dibalas penghinaan.Sepatutnya yang terjadi ialah kita saling memahami sensitiviti dan menghormati agama lain.
Sehubungan dengan itu,GAMIS menyokong cadangan kerajaan untuk mewajibkan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Hal ini kerana, ianya boleh menjadi salah satu medium terbaik dalam usaha memahamkan khususnya generasi muda akan kepelbagaian agama serta kaum di Malaysia .

Ketua Penerangan

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Mohd Khairul Izzaz Ismail.

No comments:

Post a Comment